AKU
TINGGALKAN CINTA KERANA DIA
Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar
luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti...amat
menyayatkan hati?
Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang
saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar
apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman
dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu
begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri
saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi.
Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari
seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang
boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita
yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang
akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah
lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam
hidup saya dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di
Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting
buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya
kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung
dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara
lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama
lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan
sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia
menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang
telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang
auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang
membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir
bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa
berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika
suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang
mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak
pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan
rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan
sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan
dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar
seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi
dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya
selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang
untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia
rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah
dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya
nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan
saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah
berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula
menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada
jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat
saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan
baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik
bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang
mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar
tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah
teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat
menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya
bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi
perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya
dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious
sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya
masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau
sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right
now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I
know there's no relationship between male and female except for what is very
important and official between them. So, may I know what kind of relationship
you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in
what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family,
a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and
proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family
come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if
the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't
have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every
family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You
can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu
sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya
sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah
membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.
Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang
saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah
lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan
untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision
like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah
saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air
matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah
yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan
hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah
bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam
keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya
lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas
tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk
kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan
yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang
berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali
keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan
godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah
lesu. Ampunilah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji
dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi
teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya
melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan
pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk
menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu,
dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai
teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula
kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan
perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi
Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Mafraq, Jordan
-dr sorg sahabat-