Catatan Popular

Wednesday, December 25, 2013

wanita insan istimewa

kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis belahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untul dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

engkaulah wanita istimewa
sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan

Sunday, September 15, 2013

perjalanan hidupku.......

bismillahirrahmanirrahim....

bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba...
terasa berat hidup ini..kadang sahabat yang tak sehaluan..kadang pelbagai masalah yang mendatang..tapi aku redha..itulah yang dinamakan suratan hidup..kini aku bergelar seorang mahasiswi..bukan mudah untuk sampai ke sini..pelbagai cabaran dan rintangan telah aku tempuhi..
hati.....ya..hati...terlalu lemah diri ini..kadang hati ini lemah pada godaan dunia..kadang jatuh di tengah-tengah pengembaraan yang panjang..entah sampai bila akan berakhir..moga pengembaraan ini selamat tiba ke destinasi yang dituju...

lelaki...
sudah menjadi lumrah kehidupan...lelaki akan tertarik pada perempuan,begitulah sebaliknya perempuan juga akan tertarik pada lelaki...namun aku kuatkan hati ini untuk terus kuat berpaut pada redha Allah..biarlah takdir yang menentukan segalanya...kata orang biarlah tak laku asalkan bermaruah..jika benar berpaut pada redha Allah..in shaa Allah kita mampu bertahan...teruskan usaha...istiqamah..teringat kata-kata seorang sahabat..."kita kena jaga hubungan denganAllah,dan in shaa Allah,DIA akan jaga kita..walau dimanapun kita berada"....moga diri ini terus tabah......

ampuni aku Ya ALLAH!
#semoga sentiasa dibawah rahmatMU#