Catatan Popular

Monday, December 31, 2012

AKU TINGGALKAN CINTA KERANA DIA


AKU TINGGALKAN CINTA KERANA DIA

 

Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti...amat menyayatkan hati?

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o­ne, you can never build it o­n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o­n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."



Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan

-dr sorg sahabat-

Saturday, December 8, 2012

kenapa ??

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?
..DAN BOLEH JADI KAMU BENCI  AKAN SESUATU, SEDANG IA LEBIH BAIK BAGIMU DAN BOLEH JADI KAMU KASIHI SESUATU, SEDANG IA MELARAT KEPADAMU. DAN ALLAH MENGETAHUI, TETAPI  KAMU TIADA MENGETAHUI..
(ALBAQARAH:216)
Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?
… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang
itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)
… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(al insyirah:5&6)

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)
.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:.
.Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d: 28)

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
“SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DR ORG2 MU’MIN, DIRI, HARTA MEREKA DENGAN MEMBERIKAN SYURGA UTK MEREKA… ..
(SURAH AT-TAUBAH AYAT 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?
“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)
Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
TIDAK AKU (ALLAH) JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA-KU.?
- SURAH AZ-ZARIYAT: AYAT 56.
Demi masa:.
.:sesungguhnya manusia dalam kerugian:.
.:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:.
.:yang berpesan pada kebenaran:.
.:yang berpesan pada kesabaran:.
(alquran:al-asr)
..YA TUHANKU, SESUNGGUHNYA AKU BERKEHENDAK KEPADA KEBAIKAN YANG ENGKAU TURUNKAN KEPADAKU..
(ALQASAS:24)Collapse this post

Saturday, November 24, 2012

puisi persahabatan....(",)

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"



dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu
jika dia harus tahu musim surutmu,
biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.

gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya,
untuk sekadar barsama dalam membunuh waktu?
carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
kerna dialah yang bisa mengisi kekuranganmu,
bukan mengisi kekosonganmu.

dan dalam manisnya persahabatan,
biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.
kerna dalam titisan kecil embun pagi,
hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan...

*dipetik dari puisi tentang persahabatan oleh Khalil Gibran*


  

                      

Wednesday, November 14, 2012

madah kata...(",)


PELIHARALAH Allah s.w.t nescaya engkau akan dapati-Nya berada di hadapan engkau.
Dan kenalilah Allah pada masa lapangmu, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah di kala engkau sedang menghadapi perkara yang sukar.”
                                                                                                                      (H.R. At-Tirmizi)
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuatmu cemerlang di dunia & akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
                                                                                                                      (Imam Syafie)
Hari ini milik anda!!!
Pabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.
“Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah  kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.”(Al-A’raf:144)

Masa depan akan datang dengan sendirinya..
“Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan,...”(An-Nahl:1)
Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya, jangan ditanyakan khabar beritanya dan jangan pula menunggu waktu itu kerana hari ini anda sudah sangat sibuk. Oleh itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.

Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan..



Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada..
“Sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas hanyalah mengharap keredaan TuhanNya Yang Maha Tinggi dan demi sesungguhnya ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat dengan mendapat segala yang diharapkan.”(Al-Lail:19-21)

Terimalah qadha dan qadar Allah..
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya...(Al-Hadid:22)

Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan..tidur nyenyak dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan terang-benderang.



Bismillahirrahmanirrahim...

Mengiringi perjalanan ini, ku ucapkan sejuta syukur kepadaMu. Hanya melalui kehendakMu semata, hati yang keras menjadi lembut, ucapan yang kasar menjadi halus, kata-kata yang pedas menjadi manis dan benci berubah menjadi cinta. Engkaulah Zat yang melabuhkan kegelapan malam, lalu menerangi alam semesta dengan cahaya matahariMu. Engkaulah zat yang menukarkan musim dingin kepada musim bunga lalu bunga-bunga pun tumbuh di dalamnya dan dunia kelihatan begitu mempesonakan. Engkaulah Sang Maha Cinta, Sang Penuh Kasih, yang setiap malam, memanggilkan para pencinta-Nya lalu berkata, “Sesiapa yang meminta maka kabulkan. Sesiapa yang bertaubat akan Aku bukakan pengampunan. Engkaulah Tuhan yang Maha Rahman, yang bertindak atas nama cinta hingga kerananya seekor semut kecil yang jatuh ke dalam lubang tetap memperoleh makanannya. Tidak seekor pun binatang ini yang hilang dari perhatianMu juga cinta kasih-Mu. Sedikit sahaja Engkau memberikan cinta dalam lubuk para ibu, maka mereka rela mengorbankan seluruh hidupnya demi kebahagiaan anak-anaknya.
Ya Allah, alangkah besar cintaMu itu cinta yang agung dan tiada batasnya malah kepada orang-orang yang amat jelas menyekutukan-Mu, Engkau masih mengizinkan untuk menghirup udaraMu. Orang-orang yang ingkar tetap sahaja Engkau limpahi rezekiMu. Orang-orang yang derhaka tetap sahaja Engkau memberi kesempatan untuk merasakan keindahan alam semesta ini melalui dua mata pemberian-Mu.
Seandainya aku ingin menghitung seberapa banyak anugerah yang Engkau beri kepadaku, tentu semuanya akan menjadi sia-sia, walaupun semua angka yang tersedia di muka bumi ini kugunakan, tetap sahaja jauh lebih sedikit daripada anugerah yang telah Engkau berikan.
Selawat dan salam untuk-Mu, wahai Engkau Nabi junjunganku, Nabi utama kekasih Allah S.W.T. Engkaulah teladan manusia yang paling memahami bagaimana untuk membalas cinta Rabb-Mu. Walaupun Allah S.W.T telah memberikan jaminan syurga untukmu malah Engkau telah beribadah pada tiap-tiap malam hari sehingga kakimu menjadi bengkak kerananya. Engkau juga yang memberikan teladan bagaimana semestinya manusia mencintai manusia lainnya, maka ketika Engkau berada dalam kesusahan kerana pengejaran orang-orang yang hendak membunuhmu, lalu malaikat telah geram melihat orang-orang itumemperlakukanmu, menawarkan diri untuk membinasakan orang-orang kafir itu dengan menimpakan gunung justeru engkau membukakan pintu kemaafan. Dan Engkau berkata, “Ya Allah, ampunilah mereka, jangan Engkau musnahkan mereka kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengetahuinya.”

Ya Allah Rabbku, yang Maha Pengasih..di atas sejadah ini daku bersimpuh mengharapkan keredhaanMu..merindui kasih yang abadi yang dirindui oleh hamba-hambaMu. Sehingga daku dapat menuju syurgaMu..sehingga dapat menemuiMu. Cinta.cinta..kasihMu ya Rabbku..cinta abadiyang tidak pernah mati..cinta suci yang tidak pernah dicemari..cinta tiada batas tidak pernah habis sampai akhirat nanti...