“PELIHARALAH
Allah s.w.t nescaya engkau akan dapati-Nya berada di hadapan engkau.
Dan
kenalilah Allah pada masa lapangmu, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah di
kala engkau sedang menghadapi perkara yang sukar.”
(H.R.
At-Tirmizi)
Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuatmu cemerlang di dunia
& akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
(Imam
Syafie)
Hari ini milik anda!!!
Pabila
anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang kerana hari ini
adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hari
kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang
menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.
“Terimalah
semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang
bersyukur.”(Al-A’raf:144)
Masa depan akan datang dengan
sendirinya..
“Sesuatu
yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta
untuk disegerakan,...”(An-Nahl:1)
Biarkan
hari esok itu datang dengan sendirinya, jangan ditanyakan khabar beritanya dan
jangan pula menunggu waktu itu kerana hari ini anda sudah sangat sibuk. Oleh
itu, hindarilah angan-angan yang berlebihan.
Jadikan kritikan tajam sebagai
penghormatan..
Berbuat baik kepada orang lain akan
melapangkan dada..
“Sedang
ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas hanyalah mengharap
keredaan TuhanNya Yang Maha Tinggi dan demi sesungguhnya ia tetap akan berpuas
hati (pada hari akhirat dengan mendapat segala yang diharapkan.”(Al-Lail:19-21)
Terimalah qadha dan qadar Allah..
“Tidak
ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak
juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab
(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya...(Al-Hadid:22)
Sesungguhnya setelah kesulitan ada
kemudahan..tidur nyenyak dan setelah sakit ada
kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang
petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan
terang-benderang.